Wednesday 18 January 2012

Rakyat malaysia wajib bangkit

Kebangkitan rakyat! Inilah kata keramat yang amat digeruni oleh pemerintah yg zalim. Zalim pd rakyat yg tak berdaya utk berkata kata, yg ingin meminta belas kasihan utk meneruskan hidup yang makin lama amat mencengkam hanya utk sesuap nasi. Zalim pd yang inginkan kebenaran. Hanya sebuku roti diambil utk anak yg kelaparan dirumah dijadikan satu kesalahan yg berat lalu dihukum dgn seberat beratnya dgn proses hukuman hanya mengambil masa yg singkat. Pada yang merompak berjuta juta ringgit dipertahankan seolah olah merekalah manusia yg tidak layak utk di hukum. Lalu berlakulah satu lakonan busuk dlm mahkamah hingga bertahun lamanye utk disabitkan kesalahan.Segala tipu muslihat digunakan utk menutup kesalahan semaksimun mungkin. Akhirnya hukuman yg mereka yg busuk ni dpt hanyalah seringan hukuman yg tak berbaloi dgn kesalahan yg dilakukan. Apakah jaminan bg rakyat yg miskin ini akan dpt pembelaan dari pemimpin yg busuk ini? Kehidupan rakyat yg miskin ini lg daif makin teruk. Kita buka mata dan telinga. Lihat disekeliling kita, peka pd persekitaran dikampung2, dibandar2 atau dimana saja apa yg dah berlaku. Mana bantuan dari pihak yg bertanggungjawab menjaga rakyatnya? Ingatlah ketika Saidina Umar Abdul Aziz R.A ketika dimalam hari baginda keluar utk melihat keadaan rakyatnya. Merayau baginda utk MENCARI rakyatnya yg kesusahan. Tanpa ada karenah birokrasi bantuan terus diberikan tanpa banyak soal. Beginilah hebatnya baginda dan semoga Allah merahmati baginda. Adakah pemimpin sebegini hebat ada dikalangan kita? Adakah ada pemimpin yg sanggup mengorbankan waktu tidurnya dimalam hari utk melihat keadaan rakyatnya? Adakah ada pemimpin yg dapat menberikan bantuan tanpa mengharapkan sesuatu dari rakyatnya? Ingatlah bahawa rakyat adalah TUAN manakala pemimpin hanyalah KHADAM yg menjaga makan,minum,pakai dan keselamatan TUANNYA. TUANNYA pada bila2 masa boleh memecat KHADAM yg tak amanah dlm menjalankan tugasnya. Dan TUANNYA berhak mancari KHADAM yg lain utk menjalankan tugas menjaga TUANNYA.